Salam Fotografi...
Saya pasti anda telahpun faham mengenai pengetahuan asas ketika memilih dan membeli kamera DSLR. dalam tips saya yang lalu. Seterusnya anda akan mula memasang Lensa dan ingin mengambil gambar. Mudah bukan hanya perlu menekan butang " shutter ". Nah ! gambar pun dah siap...
Nanti dahulu, ada banyak lagi perkara yang anda harus tahu sebelum menghasilkan gambar yang baik. Di sini saya ingin berkongsi tentang pengetahuan asas dalam menggunakan kamera.
1. Shutter Speed - Kelajuan Shutter di tutup. Kebiasaannya di ukur melalui ukuran Bulb hingga 1/4000 dan
mungkin lebih mengikut kamera.
2. Aperture - kadar bukaan "Sensor" kepada cahaya. Kebiasaanya diukur menggunakan F1.4 hingga
ke F36 mengikut setting pada kamera.
3. ISO - Ukuran kepekaan sensor kepada cahaya. Juga lebih difahami dengan mengatakan kadar
cahaya yang diperlukan.
Kesemua perkara di atas adalah diperlukan untuk memastikan bahawa kadar Exposure anda adalah betul. Kesemua ini hanya diperlukan ketika anda menggunakan mode Manual/M. Bagi mode auto tiada setting diperlukan.Manakala setting-setting yang lain akan dibincangkan kemudian.
No comments:
Post a Comment