Monday, June 6, 2011

Wedding Abby & Mat Rock

Tarikh : 4 Jun 2011
Tempat ; Tmn Bukit Ampang





Tahmiah di ucapkan kepada pasangan ini. Sessungguhnya saya mendoakan agar kebahagiaan mereka berkekalan. Juga ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakam detik terindah ini.

Tuesday, May 24, 2011

Asas Fotografi

Salam Fotografi...

Saya pasti anda telahpun faham mengenai pengetahuan asas ketika memilih dan membeli kamera DSLR. dalam tips saya yang lalu. Seterusnya anda akan mula memasang Lensa dan ingin mengambil gambar. Mudah bukan hanya perlu menekan butang  " shutter ". Nah ! gambar pun dah siap...

Nanti dahulu, ada banyak lagi perkara yang anda harus tahu sebelum menghasilkan gambar yang baik. Di sini saya ingin berkongsi tentang pengetahuan asas dalam menggunakan kamera.


1. Shutter Speed - Kelajuan Shutter di tutup. Kebiasaannya di ukur melalui ukuran Bulb hingga 1/4000 dan  
                              mungkin lebih mengikut kamera.

2. Aperture         - kadar bukaan "Sensor" kepada cahaya. Kebiasaanya diukur menggunakan F1.4 hingga  
                              ke F36 mengikut setting pada kamera.

3. ISO               -  Ukuran kepekaan sensor kepada cahaya. Juga lebih difahami dengan mengatakan kadar
                              cahaya yang diperlukan.

Kesemua perkara di atas adalah diperlukan untuk memastikan bahawa kadar Exposure anda adalah betul. Kesemua ini hanya diperlukan ketika anda menggunakan mode Manual/M. Bagi mode auto tiada setting diperlukan.Manakala setting-setting yang lain akan dibincangkan kemudian.

Sessi Studio Shoot

Berberapa siri latihan sessi outdoor shoot telah dilakukan di Da Nisha Studio Gombak. Latihan ini adalah bagi memantapkan lagi skil dan kemahiran dikalangan ahli Asia photographer Kuala Lumpur.

Berberapa orang model wanita turut serta dalam program kali ini.


Majlis Perkahwinan Abd Muhaymin & Rashidah

Tarikh 1 Mei 2011
Lokasi : Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang

Kepada pasangan ini diucapkan selamat penganti baru, Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Photoshoot With IKMAL

Alhamdulillah kali ini saya di beri peluang untk mengambil gambar untuk sessi makan malam Bersama IKMAL (Institut Kelautan Malaysia) Majlis makan malan ini turut di hadiri oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Bin Mohamad.
































Ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada En. Zain Norrdin kerana memberi peluang untuk merakam kemeriahan majlis ini

Monday, February 7, 2011

Asas Photografi

Salam Bahagia dan salam fotografi....

Ramai di antara kita di luar yang mahu atau minat mempelajari bidang fotografi. Namun, harus diingat aktiviti ini adalah hobi yang mahal selepas sukan golf . Anda perlu bijak dalam membuat penilaian ketika membeli peralatan fotografi. Antara tips yang boleh digunakan ialah dengan membuat kajian terlebih dahulu di internet ataupun melalui pengalaman photographer yang lain.

Baiklah sebelum anda keluar membeli peralatan kamera terdapat berberapa perkara yang anda harus selidiki terlebih dahulu iaitu :

1. Jenis Kamera
Terdapat 3 jenis kamera di pasaran iaitu kamera poket (kompak) kamera filem (SLR) dan juga kamera Digital (DSLR).

Kamera Kompak (point & Shoot)
 kamera jenis ini adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Ianya bersaiz poket. Cth Canon Power Shot.Nikon Coolpix dan bermacam-macam lagi. Harga kamera ini biasanya sekitar RM 200.00 hingga ke RM 2,000.00. Kamera jenis ini mengunakan "Setting"  auto. sebab itulah ianya dinamakan Point & Shoot. Terdapat juga kamera jenis ini yang mempunyai setting manual tetapi harganya agak mahal.


Kamera Filem (SLR)
 
Kamera jenis ini merupakan kamera yang lebih kompleks berbanding kamera kompak namun ianya menggunakan filem. Kamera jenis ini memerlukan kemahiran kawalan yang tinggi kerana, ianya tidak dapat di lihat hasil gambar yang kita shoot melainkan setelah dihantar kekedai gambar untuk dicuci. Kamera jenis ini menggunakan peralatan tambahan seperti Lensa(lens) yang boleh di ubah-ubah mengikut citarasa dan juga situasi. Lampu denyar (Flash) sebagai alat menambah cahaya. Asas kawalan seperti Shutter Speed. Aperture dan juga ISO merupakan perkara terpenting apabila menggunakan kamera ini.



Kamera Digital (DSLR)

Sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi kedua-dua fungsi SLR dan Kompak digabungkan menjadi DSLR ( Digital Single Lens Reflecs). Kamera ini lazimnya tidak banyak perbezaan dengan SLR cuma hasil gambar boleh dilihat, di edit(post processing) dan dipadam dengan mudah. Kamera ini banyak di gunakan oleh photographer. Gambarnya juga boleh terus di muat turun ke dalam PC untuk tujuan editing dan juga cetakan ataupun simpanan yang lebih bersifat kekal.







Setelah anda mengetahui asas tersebut, adakah anda mulai faham kamera apakah yang anda ingin beli?.



Ada satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membeli kamera iaitu:-

1.) Budget- Anda harus tahu budget anda dan kamera yang anda ingin beli. Biasanya Kamera DSLR merupakan pilihan. Kerana fungsinya yang pelbagai. Harga kamera ini biasanya antara RM 1500.00 hingga ke RM 24,000.00 malahan mungkin lebih mengikut kategori iaitu Entry Level, Semi Pro dan Professional.

2.)fungsi kamera- Sekiranya anda bukanlah photographer atau tiada cita-cita mahu menjadi seorang photographer memadailah anda hanya membeli kamera kompak. Kerana anda tidak perlu pening kepala mempelajari setting. cukuplah hanya mengetahui asas-asas komposisi. Nantikan entry yang seterusnya untuk mengetahui asas-asas komposisi.

3.) Apa yang anda inginkan daripada kamera anda.- Samalah seperti anda menaiki kereta kancil dan juga mercedes bens. Pasti ada perbezaannya. Begitu juga kamera. Kamera yang mahal biasanya memiliki kelebihan yang tersendiri berbanding kamera low end.

4.) Peralatan tambahan (SLR & DSLR)
Ini juga merupakan perkara terpenting. Kadangkala terdapat harga kamera agak murah namun harga peralatan tambahan seperti lens, flash agak mahal dan susah didapati. Bagi saya saya lebih gemar membeli kamera yang banyak di pakai oleh photographer kerana pasti banyak peralatan tambahan di pasaran.
5)Kemampuan kamera- Perkara ini terlalu teknikal untuk diperkatakan ini memerlukan kajian yang agak mendalam kerana ianya meliputi aspek seperti Live view, video, White balanced preset, Flash Comander, CCD atau CMOS. Cadangan saya, sila bertanya kepada yang pakar.Kerana apabila anda mengeluarkan wang untuk membeli anda harus tahu apa yang anda beli.

Cukuplah setakat ini dahulu untuk entry kali ini. Entry seterusnya saya akan ceritakan pula hal berkaitan dengan perihal kamera seterusnya. Saya bukanlah seorang photographer professional. Hanya sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Pendapat anda amart di alu-alukan. sila hantar email ke faridbinjasni@yahoo.com.my