Monday, February 7, 2011

Asas Photografi

Salam Bahagia dan salam fotografi....

Ramai di antara kita di luar yang mahu atau minat mempelajari bidang fotografi. Namun, harus diingat aktiviti ini adalah hobi yang mahal selepas sukan golf . Anda perlu bijak dalam membuat penilaian ketika membeli peralatan fotografi. Antara tips yang boleh digunakan ialah dengan membuat kajian terlebih dahulu di internet ataupun melalui pengalaman photographer yang lain.

Baiklah sebelum anda keluar membeli peralatan kamera terdapat berberapa perkara yang anda harus selidiki terlebih dahulu iaitu :

1. Jenis Kamera
Terdapat 3 jenis kamera di pasaran iaitu kamera poket (kompak) kamera filem (SLR) dan juga kamera Digital (DSLR).

Kamera Kompak (point & Shoot)
 kamera jenis ini adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Ianya bersaiz poket. Cth Canon Power Shot.Nikon Coolpix dan bermacam-macam lagi. Harga kamera ini biasanya sekitar RM 200.00 hingga ke RM 2,000.00. Kamera jenis ini mengunakan "Setting"  auto. sebab itulah ianya dinamakan Point & Shoot. Terdapat juga kamera jenis ini yang mempunyai setting manual tetapi harganya agak mahal.


Kamera Filem (SLR)
 
Kamera jenis ini merupakan kamera yang lebih kompleks berbanding kamera kompak namun ianya menggunakan filem. Kamera jenis ini memerlukan kemahiran kawalan yang tinggi kerana, ianya tidak dapat di lihat hasil gambar yang kita shoot melainkan setelah dihantar kekedai gambar untuk dicuci. Kamera jenis ini menggunakan peralatan tambahan seperti Lensa(lens) yang boleh di ubah-ubah mengikut citarasa dan juga situasi. Lampu denyar (Flash) sebagai alat menambah cahaya. Asas kawalan seperti Shutter Speed. Aperture dan juga ISO merupakan perkara terpenting apabila menggunakan kamera ini.



Kamera Digital (DSLR)

Sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi kedua-dua fungsi SLR dan Kompak digabungkan menjadi DSLR ( Digital Single Lens Reflecs). Kamera ini lazimnya tidak banyak perbezaan dengan SLR cuma hasil gambar boleh dilihat, di edit(post processing) dan dipadam dengan mudah. Kamera ini banyak di gunakan oleh photographer. Gambarnya juga boleh terus di muat turun ke dalam PC untuk tujuan editing dan juga cetakan ataupun simpanan yang lebih bersifat kekal.







Setelah anda mengetahui asas tersebut, adakah anda mulai faham kamera apakah yang anda ingin beli?.



Ada satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membeli kamera iaitu:-

1.) Budget- Anda harus tahu budget anda dan kamera yang anda ingin beli. Biasanya Kamera DSLR merupakan pilihan. Kerana fungsinya yang pelbagai. Harga kamera ini biasanya antara RM 1500.00 hingga ke RM 24,000.00 malahan mungkin lebih mengikut kategori iaitu Entry Level, Semi Pro dan Professional.

2.)fungsi kamera- Sekiranya anda bukanlah photographer atau tiada cita-cita mahu menjadi seorang photographer memadailah anda hanya membeli kamera kompak. Kerana anda tidak perlu pening kepala mempelajari setting. cukuplah hanya mengetahui asas-asas komposisi. Nantikan entry yang seterusnya untuk mengetahui asas-asas komposisi.

3.) Apa yang anda inginkan daripada kamera anda.- Samalah seperti anda menaiki kereta kancil dan juga mercedes bens. Pasti ada perbezaannya. Begitu juga kamera. Kamera yang mahal biasanya memiliki kelebihan yang tersendiri berbanding kamera low end.

4.) Peralatan tambahan (SLR & DSLR)
Ini juga merupakan perkara terpenting. Kadangkala terdapat harga kamera agak murah namun harga peralatan tambahan seperti lens, flash agak mahal dan susah didapati. Bagi saya saya lebih gemar membeli kamera yang banyak di pakai oleh photographer kerana pasti banyak peralatan tambahan di pasaran.
5)Kemampuan kamera- Perkara ini terlalu teknikal untuk diperkatakan ini memerlukan kajian yang agak mendalam kerana ianya meliputi aspek seperti Live view, video, White balanced preset, Flash Comander, CCD atau CMOS. Cadangan saya, sila bertanya kepada yang pakar.Kerana apabila anda mengeluarkan wang untuk membeli anda harus tahu apa yang anda beli.

Cukuplah setakat ini dahulu untuk entry kali ini. Entry seterusnya saya akan ceritakan pula hal berkaitan dengan perihal kamera seterusnya. Saya bukanlah seorang photographer professional. Hanya sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Pendapat anda amart di alu-alukan. sila hantar email ke faridbinjasni@yahoo.com.my